Semuanya Di Teratak Indah Bonda!!!!

Thursday 22 September 2011

Udang Masak Kunyit BONDA

ALHAMDULLILAH..... kenyang BONDA hari nie....
Hari nie menu simple je BONDA masak antaranya ialah 
UDANG GORENG KUNYIT GAYA BONDA... hehehe
Bahan-bahan:-

1. Udang (ikut suka uols brapa bnyk nak, lumurkan skali garam ngan serbuk kunyit yer senang)
2. Kacang panjang
3. Lobak merah
4. Jagung (bukan jagung rebus tu tau.. nie jagung yg kecik yg utk masaknyer)
5. Bawang besar (potong bulat2x mcm roda... hehehe)
6. Bawang Putih (hiris yer)

Cara-caranya:-

* Panaskan minyak
* Bila minyak dah panas masuk kan bawang besar n bawang putih bila dh naik bau br masukkan lobak merah, kacang panjang, jagung.
* Biarkan dlm 2-3 minit lps tu br masuk kan udnag yang dh dilumur serbuk kunyit dan garam td.
* Agak2x dh nmpk masak apa lagi tutup api hidangkan la ye.... hehehe...

SELAMAT MENCUBA RESEPI BONDA YE.....

Monday 19 September 2011

Macam mana nak buat BACKGROUND BERBEZA DENGAN ENTRY

Hai Uols mesti ada diantara uols nak tau macam mana nak buat
Background berbeza pada entry mcm pic bawah nie
Jom follow yang BONDA bg kat bawah nie ye...
1. Klik => Dashboard => Posting => New post (mcm pic bawah nie)
2. Copy code bawah nie dan paste kan pada new post dalam keadaan "EDIT HTML"
     (if tak   faham uols tgk pic bwh yg BONDA letak tu yer)
    <div style="background:url(Link gambar disini) no-repeat;">
    Taip segala entri untuk blog anda disini.
    </div>

Letakkan link gambar pada tulisan biru
Jika anda menggunakan gambar bersaiz kecil, sila buang no-repeat. 
Taip apa sahaja entri anda seperti biasa dalam kawasan merah
   Atau kalau hendak lebih mudah, buat apa sahaja entri, tetapi ending mesti ada </div>  
* Sebelum tu PREVIEW dulu sebelum PUBLISH POST kalau uols rs ok baru klik PUBLISH
   POST....
BONDA hope tutor nie dapat membantu uols ye....
SELAMAT MENCUBA

Sunday 18 September 2011

Tutorial

TUTORIAL untuk Bloggers

Macam mana nak ubah BACKGROUND TEMPLATES

BONDA akan ajar macam mana nak ubah BACKGROUND TEMPLATES jadi mcm nie @ikut suka design uols nak

Juz Follow step kat bawah nie ye...
1. Klik => DESIGN => TEMPLATE DESIGNER (cb tgk gambar kat bawah nie)
2. Lepas tu klik => background => background image => upload image(pilih bckgrnd yg uols nk)
3. Dah pilih background mana yg uols nak Klik DONE => APLLY TO BLOG (Bhgn atas kanan)
4. Siap sudah BACKGROUND yang uols idamkan...

BONDA ucapkan SELAMAT MENCUBA yerrrr....... :)

Saturday 17 September 2011

Kari ayam BONDA


Now BONDA nak share resepi masak KARI AYAM.
Sapa2x yg tak de idea nak masak apa hr nie boleh amik resepi BONDA nie ye. Jgn malu2x amik je tak payah bayar pun... hehehe
Jom kita ke dapur BONDA tengok apa bahan2xnya... Fuhhhhh!!!!!
Bahan-bahan (4-5 orang):-
  • 1 ekor ayam (Bonda tka kisah pun uols nk potong berapa)
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (tak kisah kari jenama apa pun)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis 
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:-
  • Blend bawang merah, bawang putih, halia, rempah kari (BONDA masuk kan skali rempah kari senang)
  • Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun kari
  • Lepas tu masukkan bahan2x yang diblend tadi sehingga naik bau
  • Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang.
  • Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.(ikut uols nyerrr nk pekat mcm mana ye)
  • Biarkan sampai kentang empuk dengan api sederhana
  • Masukkan garam, ajinamoto dan masukkan sedikit air asam. Lepas tu biarkan 2-3minit dan padamkan api
  • Akhir sekali...... Apa lagi siap dihidang la ye uols..... :)

SELAMAT MENCUBA
KALAU MENJADI SHARE LA YE DENGAN BONDA....

Sup ayam BONDA


Hai cayunk2x BONDA semua apa khbr hr nie? tak sihat???? haaaa jgn lupa mkn ubat n jumpa doktor kang melarat pulak... Nanti tak berasap lak dapur hr nie... hehehe...

Hari nie BONDA nak bg resepi biasa2x je SUP AYAM... Jom masuk Dapor BONDA...zzzzaaasssssss.....
Bahan-Bahan (4-5 orang):-
  • 1 ekor ayam (ikut suka uols nak potong berapa ye)
  • 1 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit jintan halus & kasar
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 bj kentang (potong ikut suka uols ye)
  • 1 btg lobak (pun sama jugak nk potong macam mana uols nak)

Cara-cara:-
  • Rebuskan ayam yang telah dipotong
  • Guna batu lesung untuk menumbuk bawang merah, bawang putih, halia, jintan halus & jintan kasar (BONDA suka tumbuk dr blend kalau msk sup. kalau uols nk belnd boleh jgk)
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dll bahan yang telah ditumbuk td dalam minyak yg panas hingga naik baunya (jgn sampai rentung lak ye)
  • Lepas tu uols masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
  • kemudian masuk kan air masak ikut suka uols nk berapa bnyk kuahnya nnt jgn lupa masukkan kentang n lobak merah yang dah dipotong td. Ayam pun masuk kan sekali.
  • eh belum abis lg masuk kan garam dan ajinamoto kang tak letak tawor lak rs abg komplain nnt hehehe.
  • Kentang dan lobak dh empok apa lg masa untuk menghidang la ye... SIAP SUDAH SUP kita hari nie.

p/s :-

* Kalau nak tabur bawang goreng pun boleh tak nak letak pun tak pe ikut selera masing2x ye.
* Uols nak daging tukar je ayam tu ye.

SELAMAT MENCUBA
KALAU JADI SHARE LA YE DENGAN BONDA.... 


Copyright©2011 Teratak Indah Bonda yang punya